Sunday, October 29, 2017

DC Bagan Datuk

Nak cerita tentang bngkel DC
tapi tunggu lah dulu



Lama tak post

Cadang nak aktifkan balik blog ni

Thursday, February 27, 2014





Resepi Akok Kelate
Masak guna cupcake maker.

  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan) Lagi banyak telur, lagi sedap.
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Panaskan cupcake maker.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan. Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan cupcake Maker.
  5. Bakar hingga masak. biasa 5 - 6 minit jer.


Ok selamat mencuba.

Sunday, December 4, 2011

Rancangan Pengajaran Harian

TANGGUNGJAWAB BERSUCI.
Matlamat
  1. Menyatakan hukun dan dalil bersuci
  2. Menyatakan sebab-sebab diwajibkan bersuci
  3. Menyebut alat-alat yang digunakan untuk bersuci.
  4. Menyatakan faedah-faedah bersuci.
  5. Menyatakan akibat tidak bersuci.
Pengenalan
  1. Pelajaran ini menekankan hukum bersuci, dalil, sebab-sebab diwajibkan bersuci dan alat-alat digunakan untuk bersuci.
  2. Menyentuh tentang faedah dan akibat tidak bersuci.
  3. Menjaga kebersihan dan kesucian diri sepanjang masa sebagai memenuhi tuntutan orang beriman.
Masa
8 waktu x 30 minit


Penghayatan / Nilai
  • Sentiasa dalam keadaan bersih.
  • Berusaha menjadi hamba yang soleh.
  • Sentiasa memelihara tanggungjawab bersuci.
  • Bersuci merupakan lambang orang beriman.
Bahan bantu mengajar
  • Carta pantun
  • Kad-kad ayat
  • Lembaran kerja
  • Radio kaset
  • OHP.
Kaedah pengajaran
  • Perbincangan
  • Sumbangsaran
  • Soal jawab
  • Lakonan
Kemahiran berfikir
  • Meyenaraikan maklumat daripada teks yang dibaca.
Cadangan strategi pengajaran dan pembelajaran
  • Set Induksi
- Guru mempamerkan gambar tandas dan bersoal jawab mengenainya.
Kenapa Ali pergi ke tandas?
- Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk.
Langkah 1
Aras 1.
Isi.
· Menyatakan hukum dan dalil wajib bersuci.
· Menyatakan sebab-sebab diwajibkan bersuci.
· Menyebut alat-alat yang digunakan untuk bersuci.
Aktiviti.
· Guru mempamerkan teks menggunakan OHP.
· Guru memperdengarkan bacaan teks menggunakan radio kaset.
· Murid-murid membaca teks secara kelas dan kumpulan dengan bimbingan guru.
· Membaca secara latih tubi.
· Berbincang tentang teks yang dibaca.
- hukum bersuci.
- dalil wajib bersuci
- sebab-sebab bersuci.
- alat-alat untuk bersuci.
* Membuat catatan tentang hasil perbincangan dalam buku tulis.
Penilaian.
  • Membuat soalan aneka pilihan.
Pemulihan
  • Membaca catatan secara latih tubi dengan bimbingan guru.
  • Menjawab semula soalan dilembaran kerja.

Langkah kedua
Aras 2
Isi
· Menyatakan faedah bersuci.
Aktiviti
· Mempamerkan carta pantun dan memperdengarkannya.
· Murid-murid mengikuti pantun yang dibaca oleh guru.
· Membaca pantun secara kumpulan dan individu.
· Berbincang dalam kumpulan tentang faedah bersuci.
· Membentangkan hasil perbincangan.
· Guru mencatatkan faedah-faedah tersebut pada papan hitam.
· Guru membuat rumusan tentang hasil perbincangan.
· Murid-murid membaca faedah-faedah bersuci secara kelas dan individu.
Penilaian
  • Tulis ‘betul’ atau ‘salah’ pada penyataan yang diberi.
Pemulihan
  • Membaca kad-kad ayat tentang faedah-faedah bersuci secara latih tubi dengan bimbingan guru.
  • Latihan membaca secara berpasangan.
  • Menjawab semula soalan lembaran kerja hingga betul.

Langkah ketiga
Aras 3
Isi
· Menyatakan akibat tidak bersuci.
Aktiviti
  • Guru memilih 2 orang murid untuk melakunkan dialog.
  • Berdasarkan dialog yang dilakonkan, murid-murid diminta untuk menyenaraikan akibat jika tidak bersuci.
  • Sumbang saran akibat tidak bersuci berdasarkan dialog.
  • Guru mencatatkan hasil sumbang saran dipapan hitam.
  • Guru membuat rumusan hasil sumbang saran.
Penilaian
  • Senaraikan akibat-akibat jika tidak bersuci.
Penutup
  • Guru membuat rumusan:
- Orang Islam perlu menjaga kebersihan luaran dan dalaman.
- Caranya ialah sentiasa berzikir dengan membaca استغفرالله ا لعظيم

Kerja lanjutan
  • Melukis gambar alat-alat yang digunakan untuk bersuci.

    Nota Guru
    • Guru hendaklah menambah bilangan soalan pada penjana minda kerana bilangan tang disediakan adalah terhad.
    • Guru hendaklah memberikan bimbingan kepada murid terutamanya murid2 aras 1.
    • Guru henaklah memastikan setiap murid mencapai hasil pembelajaran terutama hasil pembelajaran aras 1.

    Lampiran
    Erti bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis yang ada pada tubuh badan, pakaian dan tempat.
    Hukum bersuci adalah wajib kepada setiap umat islam.
    Kita diwajibkan bersuci kerana
    • Ia satu tuntutan agama
    • Membolehkan kita melakukan ibadah seperti solat
    • Memelihara kesihatan tubuh badan

    Dalil wajib bersuci ialah dijelaskan dalam surah Al-Maidah ayat 6 yg bermaksud:
    “ Maka berwuduklah kamu untuk menyucikan diri”. Kita boleh menggunakan air untuk bersuci.

    Najis & Cara Menyucikannya

    Najis Mughallazah
    Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya.
    Cara menyucikan najis mughallazah:1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
    3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
    Najis Mukhaffafah
    Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu.
    Cara menyucikan najis mukhaffafah:1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
    3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
    Najis Mutawassitah
    Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering.Cara menyucikan najis mutawassitah: 1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.